Empat Barang Lama (Cina ringkas: 四旧 ; Cina tradisional: 四舊 ; pinyin: sì jiù) adalah istilah yang digunakan pada Revolusi Kebudayaan yang berlaku di Republik Rakyat China dari tahun 1966—1976 untuk merujuk kepada unsur-unsur kebudayaan dan pemikiran Cina yang dianggap perlu dihapuskan sebagai usaha memajukan China, empat elemen disebut adalah:[1]
Gerakan "penghancuran Barang Lama" ini bermula di Beijing pada 19 Ogos 1966 tidak lama selepas pelancaran Revolusi Kebudayaan.[2]
Fahaman bahawa budaya Cina dipertanggungjawabkan atas kemunduran ekonomi China ada duluannya dalam Gerakan Baihua (1919), serta juga didorong penjajah Jepun ketika pendudukan mereka di negara tersebut.[3]